Friday, 31 August 2012

SELAMAT HARI MERDEKA!!!!!

Tanggal 31....bulan 8............57..lalalalala~

assalamualaikum..

Korang ingat tak lagu yang aku nyanyi tu..? korang hafal lirik dia.. oh mann.. memang mantap la kalau lagu ni korang boleh hafal.. agak kalau ada kat karoke box korang mesti select lagu ni as a pebret song kann.. baguslah tu.. bukan senang anak muda zaman sekarang nak hargai lagu patriotik kan..

Okeyyyyyyyyy.. entri kali ni aku nak story pasal hari merdeka.. and sebelum tu aku nak ucap SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-55... tema tahun ni adalah 1MALAYSIA JANJI DITEPATI.. memandangkan kita dalam bulan kemerdekaan makanya kita bercerita pasal hari merdeka la kan..

Aku bangga dilahirkan sebagai warganegara MALAYSIA.. kenapa? hurmmm.. pada aku kan Malaysia ni negara yang aman.. walaupon masih ade huru hara tapi kerajaan kita still boleh handle benda ni supaya tidak melarat... bayangkan la kalau negara kita penuh dengan pemberontakan, pergaduhan, perbalahan, perebutan kuasa yang melampau  dan kezaliman.. huuuhh.. mungkin sekarang kita tak dapat merasai apa yang kita ada sekarang kan.. contoh negara yang tengah bergolak macam kat syria, iraq.. kesian diorang kan.. hidup dalam ketakutan.. telinga dah lali dengan bunyi bom meletup.. mata dah lali dengan mayat-mayat bergelimpangan.. hidung dah lali dengan bau darah.. perut dah lali dengan makanan yang tak seberapa.. tapi kenapa kita masih tak bersyukur dengan negara yang aman macam ni.. kenapa masih ada lagi manusia yang tak pandai hargai makna merdeka.. 

Lagi satu Malaysia kalau kita tengok rakyat dia berbilang kaum kan.. ada melayu, cina, india dan lain-lain.. As we know, setiap bangsa memang dah ada trademark kaler kulit yang berbeza kan.. tapi percaya tak kat Malaysia ada beza sikit.. kalu kita tengok orang tuhkulit tak berapa cerah kita mesti pikir dia orang india tapi sebenarnya dia cina sebab mak/bapak dia india.. kadang-kadang kita tengok dia macam cina tapi sebenrnya dia melayu.. aku bangga sangat jadi anak malaysia sebab kat negara luar takde macam ni..

Last sekali.. sebab aku dah tak tau nak membebel apa makanya aku berenti cite sampai sini jek laa ea.. yang penting sama-samalah kita hargai apa yang telah kita dapat hari ni.. dan pikirkanlah betapa susahnya pejuang kita bermati-matian nak dapatkan kemerdekaan pada masa lampau.. 

I LOVE MALAYSIA

I CHOOSE MALAYSIA

bubbyeee



No comments:

Post a Comment