Monday 13 August 2012

sakitnya rasa bila kecewa.. )':

assalamualaikum..

Baca tajuk dah macam nak lempang diri sendiri jek.. hahaha.. aku rasa entri yang ni banyak tentang perasaan aku kot.. yelah.. aku pon pernah rasa kecewa,dikecewakan,mengecewakan (nih memang selalu terjadi) hahaha..

Aku kompem korang pon pernah rasa ape yang aku cuba nak ceritakan ni kan iaitu KECEWA.. korang rasa apa yang buat ko rasa kecewa..? korang dikecewakan siapa? mesti macam-macam kan... tapi majoriti ramai yang akan cakap kecewa dengan cinta.. aku pon tak lari daripada benda tu.. kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya jadi kenyataan.. tu semua di tangan Allah..

Yupp.. aku pernah kecewa dulu.. kecewa dan terluka dengan sikap manusia yang kadang-kaang tak hargai apa yang mereka ada.. kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat nak banggakan mak dan family..
Tapi aku cuba untuk rawat kekecewaan tu dengan senyuman.. usaha dengan apa saja asalkan boleh bahagiakan orang lain.. 

Sakit kecewa tak dapat nak kongsi dengan orang lain even dengan family sendiri kan.. Sakitnya kecewa yang kadang-kadang boleh dorong manusia untuk bunuh diri.. berbaloi ke sakit kecewa dengan merawat melalui membunuh diri sendiri..?  astaghfirullah.. 

Banyak penawar yang kita boleh cari untuk nak hilangkan rasa kecewa.. selalulah ingat pada Yang Maha Pencipta.. selalulah berdamping dengan orang-orang yang boleh bagi semangat pada kita.. Percaya tak aku cakap kalau aku cakap hari ni kita rasa sangat kecewa,,sedih,,marah.. tapi 2 bulan akan datang semua perasaan tu akan hilang.. macam mana boleh hilang..? waktu itu berjalan setiap saat kan.. setiap saat tu jugak semua benda akan berubah.. cuma hanya perlu kesabaran..



Apa-apa pun semua orang akan mengalami perasaan yang sama.. tapi kita sendiri yang kena pandai uruskan perasaan kita sendiri.. orang lain hanya boleh beri dorongan.. apa yang aku nak tegaskan kat sini sayangilah diri sendiri walaupun korang rasa sakit sangat bila kecewa.. jangan buat benda yang tak membawa faedah..
masalah boleh selesai bila kita bijak mengenalpasti punca terjadi masalah tu.. 

Baiklah.. rasanya dah banyak sangat ustazah mai ni membebelll.. dengan ini saya akhiri ucapan ini dengan wabillahitaufik wal hidayah.. assalamualaikum w.b.t

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL :)

bubbyee

No comments:

Post a Comment