Friday 17 August 2012

selamat hari raya..MAAF ZAHIR & BATIN

assalamualaikum..

Diam tak diam lagi 2 hari kita nak raya kan.. Mesti ramai dah gerak balik kampung.. Heee,,tapi aku still keje lagi.. :'(( Tak mengapalah mai..nanti ko kenn cuti seminggu.. haaaa.. hadap la puas-puas cuti ko tuh..

Family aku plan balik kampung pagi raya lepas pergi kubur arwah ayah.. Errkkk,,mesti sebak-sebak kan time tuh..Hoooo,,aku taknak bayangkan sekarang.. kang berjuraaaiii air mata suci iolz ini..hakhak..

Okeylahh.. Sempena nak menjelang hari raya ni aku nak ambik peluang mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.. aku tau kadang-kadang ayat aku nih macam "ca lam alif kaf alif" sikit... Mane yang buat korang tersinggung ke tersentap ke aku mintak maaf ea.. Aku hanyalah manusia biasa.. Yang baik datang dari Allah yang khilaf datang daripada aku..

Hurmm.. Mane yang nak gerak balik kampung tu pastikan rumah korang dalam keadaan yang baik.. kalau ade jiran-jiran yang tak balik kampung tu mintak tolong dia tengok-tengokkan rumah korang..Maklumlah,,time camni la penjenayah nak cari makan lebih.. Kalau nak lebih selamat lagi korang pergilah inform kat balai polis berdekatan supaya selalu buat rondaan kat area rumah korang tuh..

Mana yang nak drive jauh tu make sure korang drive berhati-hati k.. Takpelah lambat sikit pon yang penting selamat sampai destinasi.. Jangan jadikan jalan raya tempat korang show off kehebatan kenderaan korang yew... INGAT TU!!!.. Yang gerak malam tu pastikan mata korang tak ngantuk..tapi kalau dah tak boleh handle berenti la sekejap untuk rehat.. Ehh,,haaa.. sebelum gerak tu pastikan juga kenderaan korang dalam keadaan tip top..Dah siap servis semua.. bukan apa,,kalau kenderaan korang rosak masa tengah jalan kan susah..Pomen-pomen pon nak raya jugakk kan..

Kesihatan diri pon kena jaga tau..Jangan nak melantak jek ikot sedap tekak.. Kawal sikit yew kawan-kawan nafsu makan tu.. Bukan apa bila dah makan macam-macam kompem perot korang pon akan meragam..ye dokk?? Masa bulan puasa boleh kawal takkan raya terus nak hadap semua kan.. hehe.. peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. Lagi satu nanti bila dah makannn jek berat badan akan naik kenn.. Nanti baju-baju hot yang korang beli masa bulan puasa tu takot tak muat pulak..haa,,achanerr...??

Baiklah.. rasanya cukuplah untuk kali ni.. Nanti raya aku still akan update story kot*macammalaskansebabdataipkot*.. jangan lupa snap gambo banyak-banyak tau.. nanti boleh la letak kat blog ke,facebook ke..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

bubbyeee


No comments:

Post a Comment