Sunday 30 September 2012

blurrrr....!!

assalamualaikum,,

Ohhhhh.. lamanya rasa tak menghapdate.. maafla ye kawan-kawan.. saya sedang mengalami tehkanan jiwa buat sementara waktu.. *tetibeee pulak nak berSAYA ni dah kenapa*.. heee.. memang serius aku tengah mengalami tehkanan perasaan sekejap.. tapi sekarang aku dah ok.. dah boleh terima kenyataan.. semoga Allah lindungi aku daripada sifat dendam.. aminnnn..

Aku tak tau kenapa aku jadi down sangat minggu ni.. yup,, mungkin kerana masalah hati buat aku jadi macam ni.. tapi aku percaya lambat laun akan terubat jugak luka dihatiku ini.. ewwaaahhh..

Hurrmm.. macam mana dengan korang semua..? sihat tak..? haaaa,,dah lama mengomel baru nak tanya kabo sihat ke tak kan.. sangat tak berbudi bahasa betul.. harap korang semua sihat ye.. lagi pulak selepas tengok bajet 2013.. ohhhh mennn.. untunglah sapa-sapa yang dapat bonus tu kan.. nak sikit bolehhhh..?

Ermm.. stakat tuh jek la aku mampu nak cerita.. sebelum aku makin tehkanan baik aku stop dulu.. love uollllzzzzzzzz

bubbbyeee

Tuesday 25 September 2012

Tehkanan mak hencik!!!!

assalamaulaikum,,

Rasanya dah lama sangat aku tak update kan.. sifat kemalasan yang sangat mendalam ni buat aku macam takde mood nak tulis apa.. pergi keja balik keja macam tu jugak.. sedih kalau kenangkan nasib sendiri.. nak kata bizi sangat tu takdelah sangatnyeee.. ehhh.. lantoklah.. bukan ada sape pon nak baca blog i ni.. 

Mungkin banyak sangat tehkanan aku lalui beberapa hari ni kan.. tapi insyaAllah kesabaran tu sangat penting dan terapi paling baik bila kita ada masalah kan.. tapi sebagai manusia biasa aku pon tak lari jugak dengan perangai tak sabo..*kong ajo sangat kan*.. mungkin bila macam-macam dugaan datang buat aku jadi lemah.. sabar yang mungkin tebal akan terhakis bila kita tak yakin dengan diri sendiri.. aku mungkin boleh sabo dengan kerenah orang tapi orang lain mungkin tak boleh sabo dengan kerenah aku.. biarlah.. kita redhakan jek apa yang berlaku.. aku selalu berpegang pada ayat ni "UJIAN ALLAH MEMANG PAHIT, TAPI HIKMAH SEBALIK UJIAN TU ADALAH PALING MANIS".. 

Sabarlah wahai hati....


Sabarlah wahai diri...

bubbyee

Tuesday 18 September 2012

panjat gunung jekkk...!!

assalamualaikum,,

Hai korang.. eh,, aku lupa hari tu nak update pasal Hari Malaysia.. anyway,, aku nak ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA.. walaupun dah lepas beberapa hari tapi aku tetap nak ucap jugak.. memandangkan hari Malaysia jatuh pada hari ahad jadi aku dah plan nak buat aktiviti apa.. walaupun tak menarik tapi hazab jugak la..

Aku dan along dah plan nak pergi mendaki gunung hari ahad tu.. pagi ahad tu awal aku bangun dalam pukul 6am walaupun hari cuti.. aku pelik la bila time aku cuti mata aku ni tak ngantok pulak bila bangun pagi.. tapi bila hari keje amboooiii kemain lagi ngantok macam tak cukup cukup tido.. lepas solat subuh mesti terus sambung tido*kong ajo betol*... mengadeee sangat taw.. okey sambung cerita.. bangun tido terus pergi mandi..*nampak sangat la sebelum ni susah mandi pagi kenn*.. dah siap mandi dan solat subuh terus lincah lipas cari baju and tracksuit.. dah siap semua terus ambik along dan budak parut (faiezun) merangkap anak sedara aku yang banyak mulut.. aku peratii jek dia tu.. lelaki tapi mulut hamboooiii kalah orang pompuan.. tapi berlagak hensem.. tak paham aku dengan dia.. pergi mana-mana ada jek pompuan ushar dia.. tak tau aku part mana yang jadi pelaris kat muka dia tu.. kuikui.. mewarisi kejelitaan aku kot (heee,,tetiba pulak kan)

Aku nak cerita sikit pasal gunung yang kitorang nak pergi ni.. aku tak tau nama gunung ni apa.. ada orang cakap padang tembak.. mungkin sebab dekat dengan kem askar atau tempat orang main tembak-tembak mungkin..entaahhhh... tempat dia sangat la terpencil.. ada rumah kampung sikit-sikit.. memandangkan time tu aku tak bawak kamera mahupun henpon maka tidokkk la daku snap gambo apa-apa kat situ.. macam aku cakap tadi tempat tu terpencil.. jadi tak ramai sangat la yang datang.. sebab kebiasaan kitorang pergi memang tak ramai orang sangat.. dah sampai sana aku ingat cuma kitorang 3 orang jek sebab aku pikir hari cuti.. mungkin ramai yang takde.. mendaki masa jalan yang tak berapa curam tu aku boleh steady lagi.. tak pancit sangat.. tapi bila dah atas sikit memang mencabar kegagahanku ini.. masa kat sini baru nampak umat manusia.. boleh tahan ramai rupanya.. tengah aku tahan-tahan semput sekali ada lelaki kacak nak turun.. hhooooo,,terus pura-pura menjadi gadis yang sangat kuat dan buat-buat tak semput.. padahal dah nak mampos time tu tahan semput.. kuikui.. perangai aku kan memang begitu.. lalalaa.. layankan jek laa..

Apa yang buat aku malu sangat adalah ada apek dengan nyonya tua mungkin umur diorang dalam 70 lebih camtu tapi masih steady jek.. aku ni yang muda belia ni dah gegellll jek kaki nak sampai atas... memang aku respek laaa.. eh.. paling aku suka bila aku naik gunung ni bila dah sampai puncak kita boleh nampak pemandangan seluruh kluang tau.. memang cantik sebab waktu pagi ada kabus-kabus.. boleh la feeling2 kat cameron highland walaupooonnn.. teheheeee.. dah sampai puncak rehat kejap pastu turun bawah dan terus balik.. apa yang best masa turun ni ko berlari pon tak rasa penat.. cuba ko mendaki tadi sambil jogging.. boleh muntoh agaknya.. hahaha..

Sampai kat rumah boleh la berlagak kat adik beradik cakap kat diorang kaki tak sakit daki gunung kali ni.. sekali bangun tido pagi isnin tu haaa hambek ko rasa nak tercabut kaki aku... asyik cakap kat mak kaki sakit.. apa yang mak aku boleh cakap adalah "PADAN MUKA".. baiklah mak... sob sob sob *tahansakitsambilmenangis* .. tu jek la yang aku nak cerita.. 

bubuyyyeee

Thursday 13 September 2012

umpama mimpi dalam mimpi......

assalamualaikum..

Eh2.. tajuk macam tajuk lagu sangat kann.. ohh.. aku memang tau korang semua pebret lagu ni.. betol tak..? kalau tak betol takpelahh.. abaikan saje.. lalaalala~.. tapi aku bukan nak cerita pasal lagu ni.. tapi macam ada kena mengena sikit la dengan tajuk lagu nih.. hoooiiisshh.. korang nak tau apa.. okey.. aku cerita yee... tapi sebelum tu sediakan bantal sebab korang pasti akan tido tertiarap meniarap baca cerita aku yang sangat boring ini...

Korang pernah alami mimpi dalam mimpi tak..? masa ko tido tu ko mimpi.. tak kira laa mimpi ngeri ke, mimpi best ke apa kann.. tapi yang penting mimpi.. biasanya mimpi ngeri kot yang banyak berlaku.. pastu bila ko sedar dari mimpi tu rupanya ko masih mimpi.. lepak seh kalau kena camni.. pastu kena pulak mimpi tu yang macam taknak ko keluar daripada mimpi tu.. paham tak maksud aku apa..? maksudnye kalau ko dalam mimpi tu orang jahat kat dalam mimpi tu tak bagi ko sedar daripada mimpi.. 

Aku nak cerita pasal mimpi aku pagi tadi.. lepas solat subuh biasanya aku akan sambung tido semula.. hehehe.. biasalah anak dara kesukaan bakal mak2 mertua harus tunjuk perangai yang molek seperti i ini.. dah bangun sambung tido semula.. juga bakal dihempuk-hempuk dengan penyapu bila mak mertua i tau perangai molek i ini tauuu.. okey.. sambung cerita semula.. masa aku tido tu aku mimpi aku kat satu tempat.. macam bangunan rumah.. tapi bilik dia macam bilik darjah.. pelik nau aku punya mimpi.. pemandangan semua cantik siap ambik gambar guna BB i yang baru itteww lagi tau.. hohoho.. tapi sebenarnya sebelum aku sambung tido aku ada la jugak snap2 gambo.. puiiihh.. memang tak heran la masuk dalam mimpi aku sekali kenn.. sedang aku bermimpi *ceeaaaa.. ayat propa sangat* sekali macam ada lembaga besar grip aku,, jadi aku tak boleh bergerak.. aku cuba gerak2 badan aku tapi tak boleh.. jerit-jerit mintak tolong pon tapi takde orang dengar..kesian gugurl.. sakit tau kena grip dengan lembaga masyaaamm bacin tu haa.. *hok yang masyaammm bacin tu tipu jek deh..sebab aku tak sempat nak bau lembaga tu*.. dalam otak aku pikir mesti kat situ jek hayat aku.. huhu.. tapi aku cuba lagi lepaskan diri.. aku bertakbir "Allahu Akhbar" banyak kali sambil meronta-ronta mintak dilepaskan..*macam drama kan ayat daku itu tapi hakikatnya memang real* 

Alhamdulillah.. aku dapat lepaskan diri daripada lembaga tu.. pastu aku terus  terjaga dari  mimpi tu.. aku rasa konon macam dah selamat la kan.. tapi lepas tu aku terjaga lagi sekali.. aku dengar suara mak aku.. suara abang aku.. rupanya tu baru betul-betul aku terjaga dari mimpi.. pastu aku tanya mak aku dia ada tak dengar aku jerit-jerit.. mak aku cakap takde pon.. dia tengok aku nyenyak jek tido.. oohhhh.. mak.. mak taktau betapa lepaknya anak mak ni lawan hantu jahat hitam yang tak hensemm tu.. kalau fahrin ahmad ke lelaki-lelaki hensem yang gagah perkasa yang grip aku takpe gak.. i relaaa u.. hahaha.. mampos tak layan... tapi sebenarnya pagi tadi aku tido kat satu kerusi rumah aku tuh.. orang lain tido kat situ tak pulak kena kacau.. tapi time aku tido situ ada jek gangguan.. pasni aku taknak tido situ lagi.. bukan nak cakap rumah aku atau kerusi tu misteri ea.. bukan begitu.. tapi kesimpulannya tak baik tido selepas subuh.. tuh jekkk.. hehehe.. :)

bubyyeee

Monday 10 September 2012

ehemmm..bau kedai laaa..!!!

assalamualaikum,,

Oh... dah berapa hari aku kepam blog aku ni haa.. tak berhapdate berapa hari.. elehhh,, baru 2 hari jek kott.. bukan orang nak heran sangat kan.. *mai kan suka perasann..boooo!!!*.. sadis sangat kan.. eh,, apa mood korang bekerja hari ni..? monday is black day.. kenapa ramai cakap black day ek..? aku pon tak paham.. mungkin sebab ada yang keje 5 hari jek dan sabtu ahad adalah cuti bagi mereka.. tuh yang liat-liat selipar jek nak start keje kenn.. elehhh.. tak ngaku lettew..

Aku nak cite pasal aku beli henpon baru.. derrr,, tu pon nak cite ke.. orang taknak ambik tau laaa.. ok takpe.. tapi aku tetap nak cite.. tak kira arrr kan.. hehehehe.. ehh.. aku ada cite kot sebelum ni pasal henpon nokia express music aku yang cepat demam tu.. ingat lagi tak..?henpon tu aku dah guna lama.. bekas kekasih i yang bagi *uweerrrkk*.. sejak bermenjak ni henpon tu asyik meragam jek.. selalu nau demam tiba-tiba.. hazab laa yeee.. dah la ramai gile kot customer nak call aku.. bila die dah demam bateri otomatik la kong kan.. jadi adalah susah orang nak contact aku.. mencikk.. pastu kena marah dengan bos sebab bos hengat aku sengaja off henpon.. langsung tak mengerti hati pekerja..

Jadi hari sabtu haritu aku dapat gaji.. balik keje terus pegi kedai henpon.. lagipon sebelom ni aku dah survey2 kedai henpon lain.. tapi semua harga ambooiii kemain mahal lagii tak kira la henpon samsung ke*hp yang tengah hotteww*, blackberry, HTC semua mahal.. macam tak percaya jek aku tengok.. padahal aku survey kat internet harga dah turun sikit.. pheewww!! pitam sekejap..jadi aku terjumpa 1 kedai nih.. memang terbaheeekkkk heekk hekk... memandangkan ramai kawan aku beli samsung galaxy maka aku dengan getiknyee beli henpon blackberry.. hohoho.. sangatlah takde kena mengena.. aku bukan apa.. cuma nak try2 jek.. dah laa aku nih buta henpon smartphone2 ni.. tapi ku gagahkan jugak untuk beli.. aku beli yang biasa-biasa jek.. tak mampu kot nak beli mahal-mahal.. BB curve 9360..

Aku kan berlagak takbur sangat nak guna henpon memahal. haa,, hadap la ko.. terkial-kial nak guna henpon tu.. susah kot kalau kita tak tau function sebenar dia.. aku ni pon bukanlah ramai kawan sangat jadi nak ber BBM tu adalah sangat mustahil.. tapi sebab nak mencuba dan memberlagakkan diri ini.. *lempang pipi sendiri*.. jadi aku guna jek laa.. ehh.. para pembaca tu yang guna BB boleh laa add BB pin kita 293B2CDF..yang pasti memang takde orang nak add punyalah.. hohoho.. tapi apa-apa pon aku bersyukur la sebab dapat jugak merasa walaupon tak laa semenggah mana pon henpon i berbanding henpon uolllzzz.. sobs sobs..

Okeyyy.. tu jek aku nak cite.. ehh.. yang penting abang-abang aku termasuk la kak long aku dah giillee crazy nak beli henpon baru.. ohh.. takpelah.. buat masa sekarang henpon aku masih hangat lagi di kalangan ahli keluarga.. ohseemmm uoollllzzz.. lalalala~ oitt.. ok la.. makin takbur riak dan sangat berbangga diri pulak.. jadi biarkan aku berenti menulis secepat yang mungkin..

bubbyeee

Friday 7 September 2012

pembaca senyap..

assalamualaikum,,

Selamat hari jumaat kawan-kawan.. oh,, aku ada kawan ke..??*sambiltolehkirikanan*.. hari jumaat adalah penghulu segala hari kan.. sebelum hari jumaat adalah hari khamis.. betul tak..?yang dah kawen mesti cam menggelibass jek nak tunggu hari khamis.. aku pon tak paham kenapa dengan khamis malam jumaat.. yang aku tau khamis malam jumaat orang selalu baca surah yasin.. tak pon orang ada buat kenduri kendara.. hooiii,,,apa yang aku merepek nih.. *silalempangmukasayadengankadaryangpalinglembut,,,plsss* tajok lain tapi aku membebel benda lain.. choooiiiiii..

okeyhhh.. berbalik kepada tajok asal kita ye wahai tuan-tuan dan puan-puan.. hehehe..pembaca senyap tu dalam bahasa melayunye tapi kalau bahasa omputih blogger selalu dok cakap silent reader.. sebelum aku ada blog aku adalah pembaca blog yang tegar.. aku tak tau sejak bila kenapa mengapa apakah aku boleh jadi penggila baca blog orang.. aku jenis baca blog orang yang fun-fun.. yang macam bila kita baca kita rasa macam diri kita kat dalam dunia orang tu.. paham tak aku tulis belit-belit tu..kalau tak paham takpe.. takde orang pon nak penggal kepala ko.. ye dakkk..?? kalau dah nama pon pembaca senyap makanya kita baca jek la entri blogger2 itu semua kan tanpa meninggalkan komen apa-apa..

Macam aku cakap tadi aku suka baca blog orang yang kelako-kelako.. blog tentang diri orang tu.. aku pon layan gak blog-blog hiburan.. ladies kate koo.. kalau tak layan gosip tu memang tak berapa nak ladies sangat la kan.. hikhik..tapi aku tak berapa gemar nak baca blog politik.. aku akan jadi blurrr gile bila aku baca benda-benda camtu.. aku kan buta sejarah.. haruslah malas nak layan perkara yang aku tak boleh pergi.. tapi kena jugak tau perkembangan dunia.. supaya nanti bila orang lain tanya takdelah ko jawab merepek meraban kennnn... banyak blog yang aku terjah.. macam blog sepet.. sepet ni banyak cerita tentang diri dia, family dia, cinta hati dia yang kacak itteww.. ohhh,,matiklah aku kalau dia baca blog aku ni.. tapi aku berani cakap yang dia takkan baca blog i yang ala-ala rubbish ni..*sambilkesat-kesatairmata*.. pastu aku suka baca blog hanis zalikha.. dia nih memang super duper ohsem sangat.. cantik kot dia.. even dia pakai biasa-biasa jek tapi dia memang perfect pastu dengan cara penulisan dia yang kelako tapi bernas idea yang dia sampaikan tu.. saya sangat mencemburuinyeee punn.. ehh.. tapi aku suka jugak baca blog fatin liyana.. dia ni pon cantik jugak.. bakal doktor kalau tak silap aku.. boleh tahan kelako gak cara ayat yang dia gunakan dalam blog dia.. dia adalah sangat2 wooowwww.. *bijimatabersinar-sinar*.. tapi cik epal pon boleh tahan kelako dia.. eh,, gasaklah aku senyum sorang-sorang kalau baca blog cik epal ni.. phewww... nak baca blog-blog fofuler jek kan aku nih.. hazabb laaa..

Sebenarnya banyak blog yang aku dah baca.. kalau nak senaraikan pon boleh letih tangan den nak menaip nama-nama blog tu semua.. heee,, aku sebagai pembaca jek.. idok la sama sekali aku meninggalkan kesan-kesan penjejakkan seperti komen ke ape seperti apa yang bagitau tadi.. sebenarnya i sangat-sangatlahh penyegan nak menberi komen.. aku takut kalau aku tinggalkan komen mesti dia takkan baca punyaa.. takkan la aku nak komen "ehh... ms blogger.. i sangat suka entri u yang bla bla bla..".. derrr,,, mesti blogger tu akan pikir aku ni sesuatu ken.. ah.. taknak la gugurl.. biar jadi silent reader jek.. lagi besh.. hohoho..

Tapi apa-apa pon aku tetap sokong semua blogger.. bukan senang nak cari idea untuk hapdate jek kan.. aku yang baru berjinak ranak ni pon kadang muncul feeling malas nak update.. heee.. kalau tak update pon takpe kot.. sebab aku tengok berapa ketul sangat laa yang terjah blog rubbish aku nih.. mencikkk!!! hahaha.. okeyla.. rasanya setakat tu jek kot aku nak cerita.. eh.. malam ni aku ada open house kat rumah kawan aku.. masak apa laa agaknya kawan aku tu yekk.. mesti dap dap nih.. yummmiii.. 

bubbyee

Thursday 6 September 2012

tumbuh uban tanda-tanda kematian..???

assalamualaikum,,

Haaa.. cuak wooo baca tajok ni.. korang tak cuak..? jiwa dah kental letteww... ehh2,, mesti korang tertanya apekejadah aku tulis pasal uban kan.. pasal mati-mati pulak tu.. ishhh,, cepat pergi cek kepala memasing takot-takot ada uban..

Ni cerita pasal mak aku bukak TV9.. kalau pagi kan ada rancangan Tanyalah Ustaz.. aku selau jugak layan program ni.. hehehe.. tapi tak insaf-insaf jugak.. dok cenggitu jek perangai aku ni kan.. perkara lagha tu jugak yang kita suka.. tapi sebenarnya ada terkesan jugak kat hati bila dengar ceramah ustaz-ustaz tu.. serius beb.. aku tak memain.. tapi kali ni memang aku dengar ustaz tu cerita pasal alam barzakh..

Alam barzakh tu apa..????

Cehhhhh.. konon aku nak suspenkan orang letteww.. padahal semua orang dah tau apa itu alam barzakh.. okeyy.. aku bukan terer sangat bab agama tapi aku masih tau lagi alam barzakh ialah alam selepas kita mati.. apa yang terjadi dalam kubur nanti kan.. soal jawab dengan malaikat.. ehh.. kejap.. sebab aku takut korang rasa aku macam tipu kan jadi aku nyatakan kat sini siaran ni pada hari rabu & khamis (05&06/09/2012) pada pukul 7.00 pagi.. nama ustaz tu aku tak ingat tapi tajuk dia pasal alam barzakh laaa... siaran ni ada bahagian 1 dengan bahagian 2..

Ustaz tu ada cakap salah satu tanda hampir kepada kematian ialah tumbuh uban.. bunyik macam kelakar kan.. tapi sebenarnya adalah serius.. bukan maksud dia tumbuh uban tu penyakit tapi uban tu menunjukkan umur kita yang semakin tua.. ohh.. tapi sape yang takde uban tu janganlah pikir korang tak mati pulak... semua yang hidup akan mati jugak akhirnyaa.. kadang aku terpikir apa nasib aku dalam kubur nanti.. dengan dosa aku yang melambak-lambak.. semua orang nak jadi baik kan.. aku cuba untuk jadi hamba Allah yang sentiasa bertakwa kepadaNya.. insya-Allah..

Walaupun aku baru berhijab tapi aku bukanlah perfect sangat.. aku pon tak berani nak sound2 orang yang tak pakai tudung.. sebab aku pikir dulu aku pon macamtu.. aku tak reti nak lantang sangat.. kalau ada pon aku tak puas hati aku cuma cite kat mak aku jek.. hehehee.. berubah bukan untuk sesiapa kan.. berubah kerana Allah.. mana tau kita tengah  seronok-seronok dengan duniawi tetiba Allah cabut nyawa kita.. mati tak kira tua atau muda kan.. baby yang baru lahir pon ada yang meninggal kan.. see?? betapa besarnya kuasa Allah.. tapi bila kita dah berhijrah/berhijab bukanlah tiket untuk kita memandang rendah pada orang yang tak bertudung.. tutup aurat tu wajib.. mungkin masa diorang nak berubah belum sampai.. tapi kita doakanlah semoga ramai lagi gadis-gadis yang menutup aurat dengan sempurna..

Eh.. tadi aku cite pasal uban kan.. dah kenapa aku cite pasal hijab la hijrah laa.. macam takde kena mengena pon kan.. haaa,,,lantok laaa.. tapi pada gugurl yang dah beruban tuh pakai jek la tudung.. tak payah nak kaler2 rambut yang dah sedia beruban tu.. takut lagi banyak uban yang tumbuh sebab rambut rosak.. tapi niat kena baik kalau nak berhijab.. bukan pakai tudung sebab tutup uban tapi sebab tuntutan agama... insya-Allah.. Pape pon aku doakan korang dilindungi Allah.. doakan yang baik-baik juga tau untuk aku..

bubbyeee

Tuesday 4 September 2012

nilai kemaafan..

assalamualaikum..

"aku nak mintak maaf kat ko"
"i am sorry"
"kamu...kita mintak maaf ea"

ayat kat atas ni selalu kita ucapkan bila kita ada buat salah kat seseorang.. tak kira la salah kecik ke besar ke.. tapi mesti kita akan mintak maaf kan.. dan bila kita lafazkan maaf hati kita akan jadi tenang..

macam serius jek entri kali ni kan.. hahaha..

Kalau korang kan mintak maaf kat sesiapa apa yang korang harapkan..?kemaafan daripada orang tu kan.. takkan korang mengharapkan kaki dia kemuka korang pulak.. ye dakk?ok tak lawak.. hati korang ikhlas ke masa mintak maaf tu..? korang dah betul-betul ready tak nak lafaz maaf tu..? semua bergantung pada hati masing-masing kan.. keikhlasan kita meminta kemaafan hanya Allah yang tahu..

Kadang-kadang aku tengok sesetengah orang bila kita dah mintak maaf dia still maafkan tapi lepas tu sikap dia pada kita akan berubah.. maksud aku bila kita dah dimaafkan oleh dia tapi dia macam dah tak mesra dengan kita.. adakah ikhlas orang tu maafkan kita..?? sebesar mana pon salah orang tu kita kena maafkan jugak.. tak kira la salah dia tu sebab rampas boipren ko ke, dia terambil barang kesayangan ko ke.. maafkan jek la dia.. memang makan masa untuk kita lupakan kesalahan orang tu tapi bila kita redha dengan apa yang terjadi secara automatiknya hati kita akan rasa tenteram...

Jangan ego untuk meminta maaf.. kalau betul tu kesilapan kita apalah salahnya kalau kita rela hati mintak maaf.. bukan kena bayar pon kan.. bukannya bila ko mengaku salah kepala ko terus kena pancung.. betul tak..? tapi macam mana dengan orang yang tak bersalah tapi dipersalahkan..? kena mengaku salah dan mintak maaf atau buat donno jek.. pada aku la kan,,ni pandangan aku.. tak taulah korang camne pulak.. aku akan tengok tuduhan tu tuduhan kecik-kecik ke atau tuduhan yang boleh buat aku malu seumur hidup.. kalau salah kecik-kecik tu aku selalu cakap "yelah yelahhhhh.. aku yang salah..mintak maaf ea.. habis cite..." tak pon aku akan cakap "ok..aku salah..mintak maaf.." bajet baik sangat kan aku ni.. well,,u know me.. tapi kalau kesalahan tu berat aku akan buktikan yang aku tak bersalah dan aku takkan mintak maaf.. sebab perkataan maaf adalah sangat mahal okeyyyy..

Jadi aku rasa aku macam takde idea nak tulis apa.. aku mintak maaf yew wahai teman-teman yang baca blog aku..#adekeorangbacablogaku#.. hehehe.. silalah maafkan tuan puteri yang comel ini..uweekkkk..muntoh biru sapa yang baca kan.. aku update sambil buat keje laa tu yang idea macam nak taknank jek datang.... :)  SELAMAT BERMAAF-MAAFAN!!!!! i loveeeeeeeeeeeee u...

bubbyeeee
   

Sunday 2 September 2012

cerita kosong kosong ooooo..

assalamualaikum..

Aku tak tau la kenapa sejak bermenjak ni aku macam malas nak buat apa-apa.. ohmaiguli.. apa dah jadik dengan aku ni.. kemon mai.. jangan malas pleaseeeeee... nak mandi malas, nak berak malas, nak kencing pon tunggu dah saat-saat kritikal baru pergi kencing.. kenapa bah..??

Eh,, hari ni aku ada jemputan kawen abang kawan aku.. hoho.. bunyik macam tak penting sangat pon kan... tapi sebenarnya penting dan aku kena pergi.. kenapa aku kena pergi..? sebab family diorang dah kira rapat dengan aku.. walaupon sekarang aku agak bizi dan macam takde masa nak spent time dengan diorang tapi aku still contact diorang..

Nak pakai baju apa ek..? semua koleksi lama zaman saloma-saloma dulu.. punyelah sengkek nak mampos takde baju kan.. sesiapa yang sangat budiman tu tolong la bagi aku sepasang dua baju koleksi baju daripada jovian.. ohhooo.. memang tak la kan orang nak bagi.. dah la saiz badan aku plus plus punye.. hehehehe..aku sedar diri aku gemok.. aku tak kesah pon.. tapi yang aku kesah orang gemok tapi perasan kuwwwuuuss sangattt.. hahaha.. tu memang aku geli.. macam dotdot tuuu.. kat dalam FB, blog, twitter sume die snap gambo die kuwus2 jek.. semua orang dok puji dia.. tapi dasarnya bila depan-depan haaa hamek ko sekali gedabak.. pastu berlagak kerek lipas sangat bajet kuwusss sangat somell sangat..tapi memang die cntik pon..sobs sobs :'(.. yelah kat FB publish gambo kuwus dengan ala-ala korea pastu orang komen.. "ehhh,,dotdot..ko dah kurus la sekarang..muke pon somelll tangat macam barbie doll" nanti mesti die komen "eh,,tak la..biasa-biasa jek..hehehe".. padahal 'erkkk'... hoho..

Tapi takpelah.. mungkin dia tak konfiden kat diri dia sendiri.. tu yang dia jadi fake sangat..*ayatberbaurkejisangatkenn*.. yang penting kita bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada kita kan.. dah cukup cantik Allah kurniakan mata, tangan kaki.. yang penting otak yang digunakan untuk berfikir baik buruknya.. betul takkk.. ececehhh... entah pape yang aku merepek ni kan.. lantakkk.. hohoho.. aku nak pegi iron baju jap.. nanti ada story ahkak tell uolllzzz okeyhhh..

bubbyeee