Monday 27 August 2012

tuan,,tolong bagi saya rehaattt :'(

assalalmualaikum..

Selamat hari isnin.. eh2,, hari ni dah masuk hari ke-9 kan kita beraya.. mesti seminggu cuti raya hari tu korang melantak tak hengat punya kan.. hari raya kan makanan dap dappp sangat kan.. pergi rumah sedara ni ada lemang dan rendang tok la, pergi raya rumah sedara sana ada masak laksa la.. belum campur pergi beraya ke mana-mana kannn..

Aku adalah tak minat sangat biskut-biskut raya ni,, aku minat kepek-kepek yang macam rempeyek ke, kepek pisang ke, kepek pedas tu memang aku hantuuu.. dappp sangat tau.. aku kan orang kampung mana makan yang ala-ala almond london la, blueberry tart la.. hee,,tapi kalau orang dah tala depan aku haruslah aku ngap saje.. :)

Bila kita asyik melantak non stop perut kita akan rasa macam terkejut-terkejut kan.. mesti perut korang termasuklah perut aku yang gemmss ni akan mengeluh.. kalau korang dapat dengar luahan hati perut ko mesti ayat dia macam ni "kejam betol la tuan aku ni.. baru nak rehat-rehat sebulan dah kena start keje overtime tau..menciikkk" .. 

Jadi aku sarankan kepada yang taknak bagi perut korag tu terkejut selepas habis puasa ni korang cuba-cubalah puasa sunat 6.. aku pun dah start berpuasa sunat.. harapnya dapatlah habiskan 6 hari tu.. tau jek la kan bila dah habis puasa syaitoon yang direjam dah terlepas kan.. maka banyak la godaan-godaan nak sesatkan hamba Allah daripada melakukan ibadat.. ye dokk..??

Tapi pada sape yang pandai control makan dia tu bagus laa.. perut korang pon takdelah meragam tahap super spontan kann.. sikit-sikit nak masuk toilet.. jalan pergi beraya singgah jap toilet station minyak.. haa,, tu tandanya perut korang memang mintak berehat..

Baiklah.. setakat tu jek yang aku nak cite.. kat sini hujan.. kat dalam ofis ni dah macam nak menggigil aku dibuatnya.. kalau dapat tido ohhh alangkah nikmatnya di hari raya.. ehh.. sudah laa.. jom sambung buat keje semula..

bubbyeee  

No comments:

Post a Comment