Tuesday, 7 August 2012

iri hati bukan amalan mulia

assalamualaikum

hari ni aku nak story pasal penyakit iri hati.. kadang-kadang kita mesti ada perasaan macam tak puas hati dengan seseorang kan.. nak-nak kalau orang tu banyak kelebihan daripada kita.. orang yang ada penyakit macam ni sebenarnya wujud depan mata kita sendiri... tapi aku percaya korang semua tak macam tu kan..

Apa kata bulan yang baik ni kita buang sikit perasaan iri hati tu.. kat sini aku ada selitkan beberapa tips untuk menjaga hati kita daripada perasaan hasad dengki / iri hati.. moh la kita cekidauutt..

CARA PELIHARA HATI DARIPADA PERASAAN HASAD DENGKI
1) Sentiasa menganggap diri kita juga mempunyai kelebihan tersendiri
-maksudnya kalau ko tengok orang lain lagi hot daripada ko anggap jek tu anugerah Allah pada dia.. dan ko jugak mungkin ade kelebihan yang lain.. jadi janganlah nak berlawan-lawan sapa paling hot...

2) Jangan ada sikap sombong
-korang percaya tak kalau ko sombong ramai orang tak suka ko.. bila ramai orang tak suka ko nanti ko tak ramai kawan.. bila ko tak ramai kawan ko akan jadi FOREVER ALONE.. bila ko jadi forever alone mesti ko ade perasaan dengki kat orang lain yang ramai kawan kan.. so,, elakkan bersikap sombong.. tak untung pon kalau sombong.. ye dakk..??

3) Sentiasa pupuk perasaan kasih sayang
-nak berkasih sayang bukan dengan pakwe/makwe ko jek.. kita kena ada sifat kasih sayang pada semua orang.. tak kira la siapa orang tu pon.. even dengan haiwan pon kita kena ada rasa kasih sayang..

4) Banyakkan berzikir
-ini memang sangat penting.. aku pernah praktikkan dulu.. haha kantoi disitu*nampak bebenor pernah iri hati kat orang kan*.. yelah masa tu aku rasa macam "eh,,minah nih..apesal ha dia jek yang selalu dapat bla bla bla bla".. pastu mesti guna ayat "alahhh,,dia tuh kan bla bla bla".. hehe tipu lettew kalu ko tak pernah cakap camtu kan.. pastu aku cepat-capat rasa macam insaf dan terus berzikir.. terus hilang perasaan iri hati tu..

5) Sentiasa fikir tiada faedah dengan perasaan iri hati
-korang paham maksud aku tu..? ok kalau tak paham aku jelaskan.. ko kena pikir bahawasanya *cewaahh* takde maknanya kita nak iri hati kat orang.. sebab apa yang dia ada tu adalah bahagian dia.. tapi bahagian kita pon ada jugak.. cuma kita perlulah gali gali gali *pinjam ayat kak Ogy* kelebihan yang tersembunyi dalam diri kita..

okeyh,,paham semua adik-adik.. hahaha.. cubalah praktikkan tips-tips ni.. InsyaAllah kita akan jadi insan yang lebih berharga..

bubbyee

No comments:

Post a Comment