Tuesday, 27 November 2012

baca novel pon boleh gelak gelak..

assalamualaikum,,

Aku rasa selama aku baca novel kan ni la kali pertama aku baca novel gelak guling-guling.. ohh,,mungkin pada aku manusia yang kurang berperasan berperasaan buku ni boleh tahan kelakar laa.. tap masa aku baca novel ni hati aku macam tak cantik sangat ditambah muka yang hadooooo jadi tak berapa nak kelakar laa kan!!!tapiii,, masih ade tapi lagi.. aku terhibur baca buku ni..

Selalunya novel banyak yang sedih sedih jek kan.. tak pon ending mesti yang sweettt sangat2 sampai aku pon jeles..  eh,,ada yang tak berapa suka baca novel kan.. dulu aku tak la minat sangat baca novel.. aku rasa macam buang masa jek nak baca novel yang tebal-tebal.. naik kematu mataku yang tak berapa nak menawan tapi masih boleh menggoncang jiwa lelaki hottt jugak la kan.. *ok itu tipu*

Entah macam mana aku boleh terjebak baca novel nih.. aku pon tak pahm.. mungkin sebab along aku ade suggestkan aku baca satu novel tu.. aku tak ingat tajuk dia.. cite dia best.. bukan cite pasal cinta semata-mata.. start daripada tu laa aku minat baca novel.. daripada mata jadi kematu terus jadi hantu novel.. grrrrrrrr...

Okey berbalik pada cite asal aku tadi pasal novel yang kelakar ni.. tajuk novel tu gelak tergolek.. masa awal awal baca jek dah kelakar.. cerita tentang rahman nak kawen dengan maimun.. tapi bapak maimun tu garang so macam-macam ujian bapak maimun bagi kat rahman.. rahman ni pulak jenis yang kurang didikan agama.. ko bayangkanlah masa nak akad nikah tu rahman boleh cakap "aku terima nikahnya maimun binti ibrahim dengan mas kahwinnya 30 rakaat tunai"..  

Tapi buku ni tak sesuai untuk budak bawah umur.. sebab ade sikit unsur kelucahan.. buku ni dah lama kot keluar kat pasaran.. tak silap tahun 2010 tapi aku baru beli online kat kedai buku online.. banyak jugak buku yang best kat KBC tu.. kalau rasa kat kedai buku berdekatan takde buku yang ko nak boleh la beli kat KBC.. cepat tau service dia.. suka aku beli kat situ.. 

Pada budak sekolah tu sekarang musim cuti sekolah kan.. jangan nak enjoy sangat yee.. isilah masa dengan membaca.. tak kira la apa jenis bacaan pon tapi jangan baca buku yang bukan-bukan tau.. kang kena makan penampor free pakej piat piat telinga sampai merah sekali...ok

bubbyyyyyeeeeee

No comments:

Post a Comment