Monday, 19 November 2012

susah ke nak terus terang..????

asslamualaikum,,

Aku memang paling pantang tau kalau orang tak nak terusterang dengan aku.. tak kesah la benda tu menyakitkan hati ke menyenangkan hati aku.. tapi tolong la berterus terang.. haaa.. nampak tak ayat spesis nak marah punya..

Yelah.. mau tak geram mak hencik.. kawan aku soang ni aku dah mintak tolong dia temankan aku pergi bank dan beli barang sikit.. sebelum tu aku dah text die kot cakap mintak teman aku pergi bank dan mall lepas balik keje.. die pon setuju laa kan.. 

Aku balik keje pukol 5.30ptg.. jadi ada masa aku tunggu dia sampai pukol 6ptg.. aku tak kesah pon laa nak tunggu sekejap.. yang aku tak berapa nak sedap dengan dia sebab bila dah masuk dalam kereta aku dan bila aku dah gerak baru nak cakap dengan aku mak bapak dia tak bagi balik lambat sebelum pukol 7.00.. pfffffttttttt*.. kecik beso kecik beso jek aku tengok dia.. jam masa tu dah pukol 6 suku.. mana nak pegi bank lagi.. nak beli barang lagi...

Aku tak kisah la kalau bagitau aku tak boleh temankan.. idokk lee mak hencik ni malu sebab mintak tolong die.. aku bila dah dengar camtu terus tak pikir ape lincah pusingkan stereng kereta hantar dia balik kat tempat parking kereta dia.. kang kalau lambat marah pulak mak bapak orang tu.. ape aku ni tertonggok kat situ tunggu dia pastu cakap camtu pulak..

Aku tengok ramai la kawan aku ni susah nak terus terang dengan aku.. tak kira ex boipren ke hape semua sama jek.. nak kata jaga hati aku tak pulak.. selalu jek menyakitkan hati aku macam aku takde perasaan..

Aku tak marah.. tap aku lebih berhati-hati bila nak mintak tolong dengan orang.. tuh jek la yang aku boleh buat.. selalunya kalau kita tolong orang kita mesti nak mengharapkan kebaikan kan tapi zaman sekarang tak semestinya kita buat baik akan dibalas baik.. hanya Allah yang mampu membalasnya..

bubbyyeeee

No comments:

Post a Comment