Thursday, 15 November 2012

Jom derma darah

assalamualaikum,,

Korang dah pergi menderma darah..?aku adalah orang yang baru first time menderma darah.. yelaaa.. aku sedar aku tak banyak wang ringgit nak derma kat mana-mana sambil posing muka bangga sebab jadi penderma terbanyak.. jadi aku ambil langkah mudah dengan mendermakan darah aku kepada pihak hospital.. daripada derma darah kat nyamuk buat apa kan.. yang ko dapat hanyalah kegatalan super nak nak bila nyamuk tu gigit kat tapak kaki..

Aku bukan nak berbangga dan jauh sekali nak riak sebab pergi derma darah.. mesti korang nak cakap alahai baru sekali derma darah nak kecoh.. ohh,, aku tidak laa seperti itu.. apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah kelebihan menderma darah.. banyak kelebihannya seperti korang akan mendapat tau tahap kesihatan korang waktu tu jugak.. kenapa aku cakap begitu..? sebab sebelum nak bagi darah tu kat orang pihak hospital akan membuat ujian saringan macam tekanan darah, degupan jantung baik ke tak.. kalau tak lepas mean korang ade penyakit laa dan kena dapatkan rawatan susulan untuk mencegah penyakit tu daripada menjadi lagi teruk.. see?? senangkan nak tau ada penyakit ke tak.. hewhewhew

Pastu dengan menderma darah ni korang akan dapat menyelamatkan nyawa orang.. maksudnye kalau orang eksiden kan banyak sangat darah keluar.. jadi kemungkinan untuk dapatkan darah jenis yang sama contoh darah jenis B serta merta sangat susah.. sebab darah manusia macam-macam jenis.. so bila kita menderma darah maka kita dapatlah menambahkan stok darah-darah yang semakin kurang dan dapat menyelamatkan nyawa seseorang.. tapi kalau Allah memang nk tarik nyawa orang tu kita tak boleh nak cakap apa la kan.. sekurangnye kita dah berusaha dan bertawakal kepadaNya..

Selain tu dengan menderma darah korang akan dapat kelebihan macam bila korang sakit korang boleh dapat  rawatan percuma di hospital-hospital kerajaan dan hak keistimewaan mengikut berapa kerap korang menderma.. semakin kerap korang menderma darah makin banyak hak keistimewaan korang dapat... best kan..?pada aku best la sebab aku ni mana mampu nak masuk hospital swasta pon.. :'(

Jadi janganlah takot menderma darah.. anggap la korang menderma tu untuk salurkan pada ahli keluarga dan sedare mara korang jugak.. jomlah kita menderma darah... holoh holoh dah macam kempen pulak kan.. tapi kalau kempen pon apa salahnya.. sekian....

bubbyeee

No comments:

Post a Comment