Monday 1 October 2012

Sampah dan menyampah..

assalamualaikum,,

Very good morning to all readers.. ececehh,,feeling omputih sangat kan.. geli geleman terasa seluruh badan.. BM pon kelaut lagi nak speaking2 mat salih.. sila cermin diri dulu ye wahai maino.. ni kalau kawan-kawan aku yang terer BI ni bukak blog aku pasti diorang keji dan maki perangai aku.. oh,,ada aku kesahh *sambilbulatkanmata*

Sekejap jek dah masuk bulan oktober kan.. aku rasa macam baru semalam bulan 1.. betol la cakap ustaz/ustazah tanda-tanda kiamat ialah masa berjalan dengan pantas.. eh.. kepada yang menyimpan azam pada bulan oktober ni harap korang dapat penuhi azam korang tu dan akan menjadi realiti.. jangan hangat-hangat tahi ayam tau..

Aku nak cite pasal sampah kan.. dah kenapa melalut ke benda lain pulak.. aku nak tanyalah ape beza sampah dan menyampah.. *terasakurangcerdikpulaktanyasoalancamnikan*.. okeeyyy.. ape yang aku tau la kan sampah bermaksud benda yang bila kita dah guna pastu kita buang kat tong sampah atau kat mane-mane jek.. tapi menyampah tu apa benda kan.. kata dasar macam sampah tapi bila dah letak imbuhan meny- mungkin maksudnya dah lain.. jadi MENYAMPAH pulak.. jadi kat sini aku nak kaitkan sampah dengan menyampah..

Aku paling menyampah kalau orang buat sampah.. tapi aku pon suka jugak buat sampah.. hehehe.. mengada sangat cakap tak suka padahal diri sendiri sama jek.. puuiiihhh.. tapi aku nak cite pasal orang buat sampah masa kat jalan raya.. korang pernah tak masa drive tiba-tiba kereta depan ko buang sampah pastu terbang ke cermin kerete korang pastu korang mulalah drive tak tentu hala sebab plastik tu melekat kat cermin kerete korang..?paham apa yang aku cuba nak sampaikan tu..? aku memang menyampah gila kalau kena camtu.. boleh membahayakan orang lain.. selain tu boleh mencemarkan alam sekitar..

Pastu aku menympah kalau ada orang lain yang cakap camni.. "ehh,,perangai ko tu macam sampah tau" "apesal ko ni muka macam sampah".. oiii,,tak baik la cakap camtu.. biasanya ayat macam tu bila ade orang tulis kat facebook.. marah tu normal tapi kalau dah kaitkan manusia dengan sampah tu tak baik la.. apa-apa pun semua orang ada perasaan menyampah kan termasuklah aku.. banyak sangat yang aku menyampahnyee.. tak paham aku laaa.. hahaha..  tapi janganlah kita membuat sampah.. kerana orang akan cakap ko pengotor.. orang pengotor ni lebih baik kawan dengan lipas.. huhu

Baiklah.. setakat tu jek nak tulis.. mulakan hari anda dengan ceria dan senyuman..cewwwaaaahhh.. ok la.

bubbyee

No comments:

Post a Comment