Friday, 12 October 2012

Eh.. ko berkira sangat dengan aku..!!!

assalamualaikum,,

Nampak kan tajuk memang agak parah sikit.. aku adalah orang yang jenis tak berkira sebenarnya.. tapi kalau dah melampau sangat memang patotlah aku berkira.. lantak ko di situ nak cakap aku apa kennn...

Adalah sorang hamba Allah.. dia tu merupakan customer aku.. jadi memang rapat la dengan dia kan.. setiap kali barang dia dah siap aku akan hantar kedai dia.. biasanya aku akan hantar time aku dah balik keje sebab mungkin dekat dengan rumah aku.. tapi tak la berapa nak dakat.. sebab dah memandangkan dia kawan jadi aku tolong la jugak hantarkan.. dah macam free delivery kann..

Kadang tu barang yang dia order aku kira harga lebih kurang jek.. service penghantaran pon aku tak charge.. takpelah aku tak kisah sangat.. tapi yang buat aku kisahkan ni dia boleh berkira dengan aku.. camni citenye.. haritu aku ada nak print kertas kat kedai dia.. printer kedai aku rosak.. aku tak la kesah sangat dengan harga yang dia bagi tu.. bagi aku okey okey jekkk..tapi yang aku macam kesal sikit tu sebab dia charge aku ikot harga customer dia.. pheewwww,,nampak kan berkira sangat dengan aku.. manusia macam ni pon ada kan *cakap dalam hati jek*.. aku terkilan sangat tu sebab sebelah kedai dia pon ada jugak kedai stationery.. lebih kurang jek harga dan boleh dapat kurang lagi.. lebih baik aku pergi kedai sebelah tu kan.. dah tentu dia tak kenal aku dan charge pon ikut customer biasa.. 

Tapi takpelah.. apa pon yang dia buat pada aku, aku redha jek.. lepas ni aku akan berhati-hati nak buat baik dengan orang.. kalau kita baik sangat kat orang tapi dia pijak kepala kita rasanya tak payah la buat baik.. biasa-biasa jek kita layan orang tu.. kesimpulannya kalau kita buat baik pada orang tak semestinya orang tu akan buat baik pada kita.. sekian.. itu saja report saya pada hari ini..

bubbyeeee


No comments:

Post a Comment