Friday 30 November 2012

cerita aku : part 1

assalamualaikum,,

Salam hari jumaat.. sekejap jek masa berlalu tup tup dah hari jumaat.. esok dah masuk bulan 12.. pfffftttt.. sepanjang tahun ni aku rasa macam takde pape yang membanggakan sangat untuk diri aku.. tapi alhamdulillah ada jugak la sikit2 perkara manis yang boleh di kenang..

Haritu aku rasa aku macam ade cerita dekat korang yang aku sedang berkawan dengan seseorang kan.. *ececehhh,,bajet retis sangat buat statement camtu*.. holohh holohh memang aku ada berkawan dengan seseorang.. aku kenalkan dia sebagai A jek la ea.. ermmm,, umur die 2 tahun tua daripada aku.. ohhh,, abang2 jek bagi aku die nih.. kami start kawan 29/01/2012.. masa tu tengah sebok pasal AJL kalau tak silap aku..dia asyik menganggu aku jek time tu nak tengok AJL.. menyampah betolll.. sebab dia main miscall2.. i tak suka hokeyyy.. *sambil kerut2 dahi*

Kitorang memang kawan biasa jek masa tu.. aku pon tak berapa suka dia sebab dia macam annoying sangat.. yuppp,, memang annoying.. ko tau la kan aku suka cakap2 pastu kalau aku bercerita memang pungpang pungpang kedarah *ayat ape yang aku guna ni* punya real.. tapi A buat cam bangang jekk.. geram okeyyy.. pastu dah sebulan kawan masuk bulan 3 tak silap aku masa tu besday dia.. tapi masa tu dia ade kursus kat KL jadi tak dapat la den nak celebrate together2 kan.. habis kursus kat sana dia balik rumah mak bapak dia kat shah alam.. aku tak berapa kisah sangat la kan.. so dia balik johor pada hari ahadnye.. sepanjang perjalanan A asyik mesej aku jek.. tapi hati aku tak sedap..

A cakap kepala dia sakit sangat jadi tak boleh nak drive laju2.. aku cakap kat dia bawak slow jek kalau tak larat berenti rehat dulu kat R&R.. dah sampai rumah dia terus die mesej aku.. masa tu dalam pukol 10mlm.. dari shah alam pukul 5.. bayangkan berapa lama dia ambik masa kat jalan raya.. A ngadu lagi dekat aku yang dia muntah2 aku cakap kat dia mungkin dia keracunan makanan.. esoknya dia MC dan aku paksa dia jumpa doktor.. 

A cakap doktor akan bagi result dalam masa seminggu.. seminggu lepas tu dalam hari sabtu dia jumpa semula doktor tu.. dan yang paling tak sangka doktor cakap A kena barah otak.. yupp,, barah otak.. aku jadi tak tentu arah sehhh.. aku yang mendengar ni dah kecut perut apa lagi beban yang dia pikul tu kan.. dia dah give up tapi aku usaha jugak naikkan semangat dia.. aku paksa dia bagitau mak bapak dia sebab walau apapun mak bapak kena dahulukan.. nak bagitahu mak bapak dia pon nak mintak aku yang buatkan ayat.. pffffttttt.. anje sangat2 kan.. *jelir lidah*.. after dia bagitahu mak dia hari tu jugak mak bapak dia ambik.. 

So ape jadi after mak bapak dia bawak balik shah alam..? tunggu entri selepas ini. sebab tangan i dah lenguh2 menaip.. lagipon aku kat ofis ni haa. update sambil membuat keje.. hehe

bubbyeeeee

Wednesday 28 November 2012

muka aku macam makcik-makcik tapi masih ade lagi cakap aku macam budak sekolah :))

assalamulaikum,,

Aku memang sengaja taknak publish gambo aku kat blog.. selama aku start berblogging ni kan aku memang takde kot tepek gambo aku kat sini.. mungkin ade la satu gambo tapi masa tu aku tengah demam.. rasanya kejap lagi nak delete gambo tu.. hikhikhik.. kenapa aku taknak tepek muka aku kat blog? sebab aku sedar muka ku ni tak berapa nak ade.. nak kata jelita tu tak la tapi kalau comel cute sangat sangat tu masih boleh dipertimbangkan lagi..*sila jangan percaya*

Aku tau kadang kadang aku macam makcik makcik sebab aku suka membebel.. tapi aku banyak cakap bila aku dengan kawan2 rapat atau ahli family saje.. lain daripada tu memang aku susah nak berbual.. hanya senyuman manis aku berikan..*mata juling* tu pon kalau aku rasa nak senyum.. sampaikan ade staff kat pejabat kerajaan tu dia lelaki tau siap suruh aku baca selawat banyak2 untuk melonggarkan muka aku yang ketat ni.. kong ajo sangat.. nak cakap muka aku tak berseri-seri letteewww.. pffftttttt*

Aku jenis muka garang tau tapi hati lembut sangat sangat.. buwerrkkkk :p bukan aku yang cakap ea tapi daripada mulut2 orang lain walaupon aku susah nak percaya tapi aku layankan jekkkkkk.. hahahaha.. perasan aku nih tahap makimum kengkadang..sila jangan contohi.. tapi yang buat aku lagi tak paham adalah bila aku pegi rumah sedara mara ke rumah sape2 la kan adalah suara2 sumbang macam tak percaya aku dah 23tahun.. *terpaksa iollzzz tulis umur sendiri*.. aku terima jek dengan redha.. *tangan dibahu mata keatas*

Tapi yang lagi tak boleh blah adalah bila ada kakak yang lebih tua daripada aku tapi panggil aku kakak.. ohh,, pakah tak perasan ke bahawasanya dia adalah lebih tua daripada aku.. tak dapat terima hakikat la tuh.. hihihi.. takpelah.. aku tak kesah nak anggap aku macam kakak2 ke budak2 sekolah ke makcik2 ke aku hadapkan saje..

bubbyeeee


Tuesday 27 November 2012

baca novel pon boleh gelak gelak..

assalamualaikum,,

Aku rasa selama aku baca novel kan ni la kali pertama aku baca novel gelak guling-guling.. ohh,,mungkin pada aku manusia yang kurang berperasan berperasaan buku ni boleh tahan kelakar laa.. tap masa aku baca novel ni hati aku macam tak cantik sangat ditambah muka yang hadooooo jadi tak berapa nak kelakar laa kan!!!tapiii,, masih ade tapi lagi.. aku terhibur baca buku ni..

Selalunya novel banyak yang sedih sedih jek kan.. tak pon ending mesti yang sweettt sangat2 sampai aku pon jeles..  eh,,ada yang tak berapa suka baca novel kan.. dulu aku tak la minat sangat baca novel.. aku rasa macam buang masa jek nak baca novel yang tebal-tebal.. naik kematu mataku yang tak berapa nak menawan tapi masih boleh menggoncang jiwa lelaki hottt jugak la kan.. *ok itu tipu*

Entah macam mana aku boleh terjebak baca novel nih.. aku pon tak pahm.. mungkin sebab along aku ade suggestkan aku baca satu novel tu.. aku tak ingat tajuk dia.. cite dia best.. bukan cite pasal cinta semata-mata.. start daripada tu laa aku minat baca novel.. daripada mata jadi kematu terus jadi hantu novel.. grrrrrrrr...

Okey berbalik pada cite asal aku tadi pasal novel yang kelakar ni.. tajuk novel tu gelak tergolek.. masa awal awal baca jek dah kelakar.. cerita tentang rahman nak kawen dengan maimun.. tapi bapak maimun tu garang so macam-macam ujian bapak maimun bagi kat rahman.. rahman ni pulak jenis yang kurang didikan agama.. ko bayangkanlah masa nak akad nikah tu rahman boleh cakap "aku terima nikahnya maimun binti ibrahim dengan mas kahwinnya 30 rakaat tunai"..  

Tapi buku ni tak sesuai untuk budak bawah umur.. sebab ade sikit unsur kelucahan.. buku ni dah lama kot keluar kat pasaran.. tak silap tahun 2010 tapi aku baru beli online kat kedai buku online.. banyak jugak buku yang best kat KBC tu.. kalau rasa kat kedai buku berdekatan takde buku yang ko nak boleh la beli kat KBC.. cepat tau service dia.. suka aku beli kat situ.. 

Pada budak sekolah tu sekarang musim cuti sekolah kan.. jangan nak enjoy sangat yee.. isilah masa dengan membaca.. tak kira la apa jenis bacaan pon tapi jangan baca buku yang bukan-bukan tau.. kang kena makan penampor free pakej piat piat telinga sampai merah sekali...ok

bubbyyyyyeeeeee

Monday 26 November 2012

aku dah ade twitter.. omaigaddd!!!!

assalamualaikum,,

Wallawehhhhh.. baru bukak akaun twitter dah kecoh kan aku ni.. perasan hot letteww.. hahaha.. gila tak kecoh ko.. korang tau kan i adalah wanita yang rabun IT *sangat malu disitu*.. aku pon bukan tau sangat nak bersosial macam tu.. i is shy shy cat.. pffffttttt*

Bila lepak dengan kawan-kawan semua dok cite pasal twitter la instgram laaa.. i cemburu hokeyyy.. tak dapat terima kenyataan.. nak jugak ade akaun twitter.. tapi percayalah aku tak tau pon ape fungsinya blue bebird itteewww.. hahaha..

Okey.. dulu aku ade jugak akaun twitter.. tapi sebab zaman dulu aku idok la guna handphone canggih jadi kalau nak bertweetttt tu agak susah jugakk.. nak kena bukak laptop then baru la hegeh hegeh nak tweett bagai kan.. alahaii,, bukan aku ade follower pon.. tak jadi masalah pada aku kalau takde benda tu semua.. jadi aku tutup akaun twitter aku.. mati lah burung biruku itu.. huwwaaaaaa.. :'((

Tapi selepas pengaruh daripada rakan sebaya yang paksa paksa aku bukak akaun twitter maka dengan hati yang berat tapi rela ini terus laju laju register akaun twitter tanpa menoleh kiri kanan.. tapi sekarang nak register susah kan..? dulu masa aku register senang jek kot.. yelah.. zaman dah maju ye takkk..???

Eh haaa,, dah alang alang aku cite pasal twitter marilah kawan-kawan follow twitter saya ye.. dengan meramaikan lagi kawan dapatlah kita berkongsi pendapat.. *motif tetiba*

Korang carilah cikmai174 yee.. selamat memFOLLOW...

bubbbyyyyeeeeee

Monday 19 November 2012

susah ke nak terus terang..????

asslamualaikum,,

Aku memang paling pantang tau kalau orang tak nak terusterang dengan aku.. tak kesah la benda tu menyakitkan hati ke menyenangkan hati aku.. tapi tolong la berterus terang.. haaa.. nampak tak ayat spesis nak marah punya..

Yelah.. mau tak geram mak hencik.. kawan aku soang ni aku dah mintak tolong dia temankan aku pergi bank dan beli barang sikit.. sebelum tu aku dah text die kot cakap mintak teman aku pergi bank dan mall lepas balik keje.. die pon setuju laa kan.. 

Aku balik keje pukol 5.30ptg.. jadi ada masa aku tunggu dia sampai pukol 6ptg.. aku tak kesah pon laa nak tunggu sekejap.. yang aku tak berapa nak sedap dengan dia sebab bila dah masuk dalam kereta aku dan bila aku dah gerak baru nak cakap dengan aku mak bapak dia tak bagi balik lambat sebelum pukol 7.00.. pfffffttttttt*.. kecik beso kecik beso jek aku tengok dia.. jam masa tu dah pukol 6 suku.. mana nak pegi bank lagi.. nak beli barang lagi...

Aku tak kisah la kalau bagitau aku tak boleh temankan.. idokk lee mak hencik ni malu sebab mintak tolong die.. aku bila dah dengar camtu terus tak pikir ape lincah pusingkan stereng kereta hantar dia balik kat tempat parking kereta dia.. kang kalau lambat marah pulak mak bapak orang tu.. ape aku ni tertonggok kat situ tunggu dia pastu cakap camtu pulak..

Aku tengok ramai la kawan aku ni susah nak terus terang dengan aku.. tak kira ex boipren ke hape semua sama jek.. nak kata jaga hati aku tak pulak.. selalu jek menyakitkan hati aku macam aku takde perasaan..

Aku tak marah.. tap aku lebih berhati-hati bila nak mintak tolong dengan orang.. tuh jek la yang aku boleh buat.. selalunya kalau kita tolong orang kita mesti nak mengharapkan kebaikan kan tapi zaman sekarang tak semestinya kita buat baik akan dibalas baik.. hanya Allah yang mampu membalasnya..

bubbyyeeee

Thursday 15 November 2012

Jom derma darah

assalamualaikum,,

Korang dah pergi menderma darah..?aku adalah orang yang baru first time menderma darah.. yelaaa.. aku sedar aku tak banyak wang ringgit nak derma kat mana-mana sambil posing muka bangga sebab jadi penderma terbanyak.. jadi aku ambil langkah mudah dengan mendermakan darah aku kepada pihak hospital.. daripada derma darah kat nyamuk buat apa kan.. yang ko dapat hanyalah kegatalan super nak nak bila nyamuk tu gigit kat tapak kaki..

Aku bukan nak berbangga dan jauh sekali nak riak sebab pergi derma darah.. mesti korang nak cakap alahai baru sekali derma darah nak kecoh.. ohh,, aku tidak laa seperti itu.. apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah kelebihan menderma darah.. banyak kelebihannya seperti korang akan mendapat tau tahap kesihatan korang waktu tu jugak.. kenapa aku cakap begitu..? sebab sebelum nak bagi darah tu kat orang pihak hospital akan membuat ujian saringan macam tekanan darah, degupan jantung baik ke tak.. kalau tak lepas mean korang ade penyakit laa dan kena dapatkan rawatan susulan untuk mencegah penyakit tu daripada menjadi lagi teruk.. see?? senangkan nak tau ada penyakit ke tak.. hewhewhew

Pastu dengan menderma darah ni korang akan dapat menyelamatkan nyawa orang.. maksudnye kalau orang eksiden kan banyak sangat darah keluar.. jadi kemungkinan untuk dapatkan darah jenis yang sama contoh darah jenis B serta merta sangat susah.. sebab darah manusia macam-macam jenis.. so bila kita menderma darah maka kita dapatlah menambahkan stok darah-darah yang semakin kurang dan dapat menyelamatkan nyawa seseorang.. tapi kalau Allah memang nk tarik nyawa orang tu kita tak boleh nak cakap apa la kan.. sekurangnye kita dah berusaha dan bertawakal kepadaNya..

Selain tu dengan menderma darah korang akan dapat kelebihan macam bila korang sakit korang boleh dapat  rawatan percuma di hospital-hospital kerajaan dan hak keistimewaan mengikut berapa kerap korang menderma.. semakin kerap korang menderma darah makin banyak hak keistimewaan korang dapat... best kan..?pada aku best la sebab aku ni mana mampu nak masuk hospital swasta pon.. :'(

Jadi janganlah takot menderma darah.. anggap la korang menderma tu untuk salurkan pada ahli keluarga dan sedare mara korang jugak.. jomlah kita menderma darah... holoh holoh dah macam kempen pulak kan.. tapi kalau kempen pon apa salahnya.. sekian....

bubbyeee