Monday 3 December 2012

entri serius.. :)

assalamualaikum,,

Semalam aku keluar dengan kawan aku ayeen nama dia.. lama kot tak jumpa dia since dia study kat UM.. sekarang dia dah keje kat LEGOLAND.. gaji dah besar.. kira berbaloi la kan dia struggle study dulu dengan gaji yang dia dapat sekarang..

Mula2 lepak kat rumah dia.. aku suka lepak rumah dia sebab kawasan rumah dia memang aman tak dengar bunyik bising kenderaan.. masa kat rumah dia kitorang macam baselah cerita pungpang pungpang gosip sana sini.. hahaha.. ayeen adalah kawan aku sejak form 4 lagi.. masa form 1 hingga form 3 kitorang tak berapa rapat sangat atas sebab2 tertentu..

Dah lepak rumah dia kitorang pergi kluang mall jap jalan2.. tapi ayeen nak belanja aku tengok wayang.. ohh,, bestnye.. kitorang tengok cite Sepah The Movie.. cite dia boleh tahan kelakar la tapi takdelah menggila sangat kelakar dia..

Okey,, cerita semula pasal aku jumpa ayeen tuh bila dah lama tak jumpa mesti banyak benda nak cerita kan.. tapi cerita dia yang paling buat aku rasa tersentuh sangat pasal boifren dia.. ermm,, kenapa boleh buat aku tersentuh sebab ayeen adalah perempuan yang paling kuat hadapi dugaan Allah bila boifren dia (arwah Didi) dah menghadap Ilahi masa hubungan diorang tengah bahagia.. melalui apa yang ayeen cite kat aku arwah Didi kemalangan.. dan masa arwah tengah bertarung nyawa tu ayeen ada test kat U dia..

Hanya orang yang kuat jek boleh harungi perkara macam ni.. aku tau ayeen still sedih lagi.. biasanya orang yang baik akan pergi dulu daripada kita.. ajal maut tidak mengenal usia.. ayeen seorang yang tabah pada pandangan aku walaupon sometimes ade segelintir kawan2 aku tak selesa dengan dia tapi dia cool jek..

Anyway,, aku harap ayeen akan jadi lebih kuat after this.. tu pon jadi motivasi bagi aku jugak supaya lebih bersedia hadapi apa2 kemungkinan lepas ni.. tak kira perkara tu baik atau menyedihkan aku tetap kena bersedia.. setakat ni saje cerita aku umtuk hari ni..

bubbyeeee

No comments:

Post a Comment