Wednesday, 12 December 2012

Apesal haa?? Apesal haaa..?

assalamualaikum,,

Hari ni kecoh kat FB kat twitter kat mana-mana laman sosial la pasal date hari ni.. date hari ni adalah 12/12/2012 kannnnn.. haaa,, best la konon dapat date macam ni.. pada aku best kalau ada moment yang macam ada orang datang nak melamar aku ke, datang nak bagi hantaran patploh ribu kat aku ke..kihkihkih kalau macam tu baru aku rasa date ni bawak kenangan pada aku.. tapi sebab non hadooo maka duduk saja diam-diam di situ sambil buat keje yee..

Eh, aku bukan nak cerita pasal tu.. aku nak cerita pasal lain sebenarnya.. aku tengok kan ramai blogger bila update mesti ada letak gambo... aku ekceli nak buat cenggitu gak tapi disebabkan aku tak pandai nak edit-edit gambo macam orang lain so aku biar jek blog aku nih takde gambo.. mungkin bila aku dah beli camera canggih dan aku dah pandai edit gambo baru aku publish segala bapak gambo kat blog haku ni..*mungkin jek tau tapi janganlah letak harapan tinggi sangat..huehuehue* aku jeles jugak tengok orang lain up entri mesti ada gambo walaupon gambo tu macam takde kena mengena jek kannn.. nak jugak..! nak jugak..! *merengek macam nak mintak penampor cepat2*

Aku ni memang suka online FB tapi aku jarang gila update status.. aku cuma suka baca status orang kemudian *ceaahhhh,, kemudian terus ayat i.. ko mampu??* aku akan ketawa sorang2 kalau baca status orang tapi status yang kelako jek laa.. yelah mesti la ketawa sorang2 kan takkan nak ketawa berjemaah pulok.. tapi aku tak boleh blah ada la sorang kawan aku ni.. kira kawan la kan kalau dah ada dalam fren list.. dan aku jugak kenal dia sebab dia asal dari kluang jugekkk tapi bajet town sangat sebab belajar kat key ell *ayat berunsur jeles gitteww* pada pandangan aku dia ni mungkin budak hot sebab setiap kali dia udate status kompem patploh lapanploh orang yang akan like.. aku tak paham kadang kalau dia update status just buat  :'( ni jek orang dah berpuluh like.. pastu aku tengok dia ni jenis suka up kan diri sendiri kat FB mintak perhatian lebih mungkin.. 

Orang lain pon study jugak kat U tapi takdelah macam jakon no sampai nak cerita stress dia kena buat esaimen la, present la, test laa ape lagi kekdahnya laa.. pastu bizi cerita pasal sir sana hensem la sir sini hensem laa macam semua sir2 kat situ tergila-gilakan ko.. ewahhh.. aku idok la cemburu dengan dia ni tapi pada aku la kan tak payah la nak macam tu sangat kan.. orang lain lagi la study medik, kimia, fizik bagai yang perlu perah otak diorang bersungguh-sungguh tapi takde la menunjukkan diri diorang tu stress.. kennn..

Baiklah.. aku nak sambung buat keje ni.. nanti kita story-story lagi ye sayang..

bubbyeeee

No comments:

Post a Comment