Saturday 1 December 2012

2 girls 5 boys

assalamualaikum,,

Semalam kan (jumaat) tempat aku hujan lebat tau.. aku tak tau keluar berita ke idok kluang banjir.. balik keje tu aku tengok apehal la banyak nau kereta lalu depan opis aku.. opis aku ni kira macam dalam kawasan perumahan sikit laa.. kira macam jalan dalam camtu.. masa tu hujan memang lebat tersangat sangat pakej petir berdentum kilat menyambung *wow,,macam lirik lagu*.. rupanya jalan luar tu dah kena tutup sebab banjir.. tempat aku ni kawasan pergunungan.. ko bayangkan camne boleh banjir.. kuasa Allah kan siapa boleh halang..

Dalam perjalanan tu terpaksalah ahkak meredah banjir dik oiii.. nasib kereta tak rosak masa lalu kat air banjir tu.. aku dah kecut2 pusat jek tengok kereta depan aku dah macam tersengguk2 kereta sebalah pon dah berasap asap.. tapi alhamdulillah semua selamat.. cuma jalan yang aku tak sangka banjir tu banjir teruk..

Okey,, tu  sebagai mukadimah jek.. tapi ekceli gugurl bukan nak cerita pasal banjir tau.. gugirl nak cerita pasal adik beradik..*geli disitu bahasakan diri ini gugurl* kenapa tajok entri aku 2 girls 5 boys.. haa,, mesti korang dah dapat agak kan.. kalau tak dapat agak moh la kita baca cerita kat bawah ni..

Kalau korang nak tau aku adalah anak bongsu.. adik beradik aku ada tujuh orang.. walaupon aku anak bongsu tapi aku tak berapa nak manja sebab takde sape nak memanjakan i tau.. *huh* aku ada sorang kakak.. nama dia mazlina *bajet best nama dia*.. dia ni along aku dan walaupon dia kakak sulung tapi perangai dia entah pape.. rasa macam nak bagi kaki jekk.. sebab dia jenis fun walaupon dia ada masalah.. mula dari anak kedua sampai kelima adalah abang.. ramai kot abang aku..

Angah aku nama dia Mohazam.. die jenis yang cool jek tapi kalau  dia dah bersuara boleh makan dalam jugak dan dia la abang yang sampai sekarang still panggil i adik *sweett sangat tau angah nih panggil orang adik* tapi aku bahasakan diri aku "orang".. pengaruh daripada angah la nih.. anak ketiga nama dia Mohesham tapi aku panggil dia babang.. omeyy angat2 anggil acamtu.. *terbelit lidah cakap peyat2*.. babang pon best dia jenis gila2.. aku selalu pow dia macam2 tapi dalam10 aku mintak mungkin hanya 3 jek yang dia bagi... pfffffffttt*

Anak keempat nama dia Mohezal.. dia ni gawang oooooo.. dulu masa sekolah2 aku takot laa tapi sejak umur dah layak mengundi ni i is tak takot sangat dengan dia.. anak kelima pulak abang jugak.. nampak tak berderet abang aku.. ni nama dia Mohazil.. dia cikgu tapi dengan anak murid macam kawan2 jek.. sebab abang aku ni jenis best.. dia okey la seimbang tegas dengan friendly..

Anak keenam is my abang jugak.. tua 2 tahun daripada aku.. dia okey laaa.. aku senang nak cerita pape kat dia.. nak luah perasaan tak puas hati kat dia pon bolehh.. sebab abang aku ni jenis pendengar yang paling baik.. oohhh,, lupa nak bagitau nama dia.. nama dia Moazalie.. pelik nama dia tu.. arwah bapak aku kot yang pilih.. entahh..

Dan yang anak ketujuh adalah budak yang paling comel baik sopan santun kesukaan bakal mak mertua is i laaaa.. hehaaa.. pembuka mak aku lahirkan pompuan penutup pon mak nak pompuan.. yang tengah2 semua anak mak aku lelaki.. syabas mama!! even family aku ramai lelaki tapi aku tak la terikut sangat kasar2.  i kasar2 manje tauu.. hahahaha.. *sila pitam*

Baiklah.. setakat tu sahaja berita daripada saya yang disampaikan oleh saya Maziatul Khadijah..

bubyyeeeeeee (lambai2 tangan macam model) :)

No comments:

Post a Comment