Thursday 13 September 2012

umpama mimpi dalam mimpi......

assalamualaikum..

Eh2.. tajuk macam tajuk lagu sangat kann.. ohh.. aku memang tau korang semua pebret lagu ni.. betol tak..? kalau tak betol takpelahh.. abaikan saje.. lalaalala~.. tapi aku bukan nak cerita pasal lagu ni.. tapi macam ada kena mengena sikit la dengan tajuk lagu nih.. hoooiiisshh.. korang nak tau apa.. okey.. aku cerita yee... tapi sebelum tu sediakan bantal sebab korang pasti akan tido tertiarap meniarap baca cerita aku yang sangat boring ini...

Korang pernah alami mimpi dalam mimpi tak..? masa ko tido tu ko mimpi.. tak kira laa mimpi ngeri ke, mimpi best ke apa kann.. tapi yang penting mimpi.. biasanya mimpi ngeri kot yang banyak berlaku.. pastu bila ko sedar dari mimpi tu rupanya ko masih mimpi.. lepak seh kalau kena camni.. pastu kena pulak mimpi tu yang macam taknak ko keluar daripada mimpi tu.. paham tak maksud aku apa..? maksudnye kalau ko dalam mimpi tu orang jahat kat dalam mimpi tu tak bagi ko sedar daripada mimpi.. 

Aku nak cerita pasal mimpi aku pagi tadi.. lepas solat subuh biasanya aku akan sambung tido semula.. hehehe.. biasalah anak dara kesukaan bakal mak2 mertua harus tunjuk perangai yang molek seperti i ini.. dah bangun sambung tido semula.. juga bakal dihempuk-hempuk dengan penyapu bila mak mertua i tau perangai molek i ini tauuu.. okey.. sambung cerita semula.. masa aku tido tu aku mimpi aku kat satu tempat.. macam bangunan rumah.. tapi bilik dia macam bilik darjah.. pelik nau aku punya mimpi.. pemandangan semua cantik siap ambik gambar guna BB i yang baru itteww lagi tau.. hohoho.. tapi sebenarnya sebelum aku sambung tido aku ada la jugak snap2 gambo.. puiiihh.. memang tak heran la masuk dalam mimpi aku sekali kenn.. sedang aku bermimpi *ceeaaaa.. ayat propa sangat* sekali macam ada lembaga besar grip aku,, jadi aku tak boleh bergerak.. aku cuba gerak2 badan aku tapi tak boleh.. jerit-jerit mintak tolong pon tapi takde orang dengar..kesian gugurl.. sakit tau kena grip dengan lembaga masyaaamm bacin tu haa.. *hok yang masyaammm bacin tu tipu jek deh..sebab aku tak sempat nak bau lembaga tu*.. dalam otak aku pikir mesti kat situ jek hayat aku.. huhu.. tapi aku cuba lagi lepaskan diri.. aku bertakbir "Allahu Akhbar" banyak kali sambil meronta-ronta mintak dilepaskan..*macam drama kan ayat daku itu tapi hakikatnya memang real* 

Alhamdulillah.. aku dapat lepaskan diri daripada lembaga tu.. pastu aku terus  terjaga dari  mimpi tu.. aku rasa konon macam dah selamat la kan.. tapi lepas tu aku terjaga lagi sekali.. aku dengar suara mak aku.. suara abang aku.. rupanya tu baru betul-betul aku terjaga dari mimpi.. pastu aku tanya mak aku dia ada tak dengar aku jerit-jerit.. mak aku cakap takde pon.. dia tengok aku nyenyak jek tido.. oohhhh.. mak.. mak taktau betapa lepaknya anak mak ni lawan hantu jahat hitam yang tak hensemm tu.. kalau fahrin ahmad ke lelaki-lelaki hensem yang gagah perkasa yang grip aku takpe gak.. i relaaa u.. hahaha.. mampos tak layan... tapi sebenarnya pagi tadi aku tido kat satu kerusi rumah aku tuh.. orang lain tido kat situ tak pulak kena kacau.. tapi time aku tido situ ada jek gangguan.. pasni aku taknak tido situ lagi.. bukan nak cakap rumah aku atau kerusi tu misteri ea.. bukan begitu.. tapi kesimpulannya tak baik tido selepas subuh.. tuh jekkk.. hehehe.. :)

bubyyeee

No comments:

Post a Comment