Tuesday 18 September 2012

panjat gunung jekkk...!!

assalamualaikum,,

Hai korang.. eh,, aku lupa hari tu nak update pasal Hari Malaysia.. anyway,, aku nak ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA.. walaupun dah lepas beberapa hari tapi aku tetap nak ucap jugak.. memandangkan hari Malaysia jatuh pada hari ahad jadi aku dah plan nak buat aktiviti apa.. walaupun tak menarik tapi hazab jugak la..

Aku dan along dah plan nak pergi mendaki gunung hari ahad tu.. pagi ahad tu awal aku bangun dalam pukul 6am walaupun hari cuti.. aku pelik la bila time aku cuti mata aku ni tak ngantok pulak bila bangun pagi.. tapi bila hari keje amboooiii kemain lagi ngantok macam tak cukup cukup tido.. lepas solat subuh mesti terus sambung tido*kong ajo betol*... mengadeee sangat taw.. okey sambung cerita.. bangun tido terus pergi mandi..*nampak sangat la sebelum ni susah mandi pagi kenn*.. dah siap mandi dan solat subuh terus lincah lipas cari baju and tracksuit.. dah siap semua terus ambik along dan budak parut (faiezun) merangkap anak sedara aku yang banyak mulut.. aku peratii jek dia tu.. lelaki tapi mulut hamboooiii kalah orang pompuan.. tapi berlagak hensem.. tak paham aku dengan dia.. pergi mana-mana ada jek pompuan ushar dia.. tak tau aku part mana yang jadi pelaris kat muka dia tu.. kuikui.. mewarisi kejelitaan aku kot (heee,,tetiba pulak kan)

Aku nak cerita sikit pasal gunung yang kitorang nak pergi ni.. aku tak tau nama gunung ni apa.. ada orang cakap padang tembak.. mungkin sebab dekat dengan kem askar atau tempat orang main tembak-tembak mungkin..entaahhhh... tempat dia sangat la terpencil.. ada rumah kampung sikit-sikit.. memandangkan time tu aku tak bawak kamera mahupun henpon maka tidokkk la daku snap gambo apa-apa kat situ.. macam aku cakap tadi tempat tu terpencil.. jadi tak ramai sangat la yang datang.. sebab kebiasaan kitorang pergi memang tak ramai orang sangat.. dah sampai sana aku ingat cuma kitorang 3 orang jek sebab aku pikir hari cuti.. mungkin ramai yang takde.. mendaki masa jalan yang tak berapa curam tu aku boleh steady lagi.. tak pancit sangat.. tapi bila dah atas sikit memang mencabar kegagahanku ini.. masa kat sini baru nampak umat manusia.. boleh tahan ramai rupanya.. tengah aku tahan-tahan semput sekali ada lelaki kacak nak turun.. hhooooo,,terus pura-pura menjadi gadis yang sangat kuat dan buat-buat tak semput.. padahal dah nak mampos time tu tahan semput.. kuikui.. perangai aku kan memang begitu.. lalalaa.. layankan jek laa..

Apa yang buat aku malu sangat adalah ada apek dengan nyonya tua mungkin umur diorang dalam 70 lebih camtu tapi masih steady jek.. aku ni yang muda belia ni dah gegellll jek kaki nak sampai atas... memang aku respek laaa.. eh.. paling aku suka bila aku naik gunung ni bila dah sampai puncak kita boleh nampak pemandangan seluruh kluang tau.. memang cantik sebab waktu pagi ada kabus-kabus.. boleh la feeling2 kat cameron highland walaupooonnn.. teheheeee.. dah sampai puncak rehat kejap pastu turun bawah dan terus balik.. apa yang best masa turun ni ko berlari pon tak rasa penat.. cuba ko mendaki tadi sambil jogging.. boleh muntoh agaknya.. hahaha..

Sampai kat rumah boleh la berlagak kat adik beradik cakap kat diorang kaki tak sakit daki gunung kali ni.. sekali bangun tido pagi isnin tu haaa hambek ko rasa nak tercabut kaki aku... asyik cakap kat mak kaki sakit.. apa yang mak aku boleh cakap adalah "PADAN MUKA".. baiklah mak... sob sob sob *tahansakitsambilmenangis* .. tu jek la yang aku nak cerita.. 

bubuyyyeee

No comments:

Post a Comment