Tuesday, 4 September 2012

nilai kemaafan..

assalamualaikum..

"aku nak mintak maaf kat ko"
"i am sorry"
"kamu...kita mintak maaf ea"

ayat kat atas ni selalu kita ucapkan bila kita ada buat salah kat seseorang.. tak kira la salah kecik ke besar ke.. tapi mesti kita akan mintak maaf kan.. dan bila kita lafazkan maaf hati kita akan jadi tenang..

macam serius jek entri kali ni kan.. hahaha..

Kalau korang kan mintak maaf kat sesiapa apa yang korang harapkan..?kemaafan daripada orang tu kan.. takkan korang mengharapkan kaki dia kemuka korang pulak.. ye dakk?ok tak lawak.. hati korang ikhlas ke masa mintak maaf tu..? korang dah betul-betul ready tak nak lafaz maaf tu..? semua bergantung pada hati masing-masing kan.. keikhlasan kita meminta kemaafan hanya Allah yang tahu..

Kadang-kadang aku tengok sesetengah orang bila kita dah mintak maaf dia still maafkan tapi lepas tu sikap dia pada kita akan berubah.. maksud aku bila kita dah dimaafkan oleh dia tapi dia macam dah tak mesra dengan kita.. adakah ikhlas orang tu maafkan kita..?? sebesar mana pon salah orang tu kita kena maafkan jugak.. tak kira la salah dia tu sebab rampas boipren ko ke, dia terambil barang kesayangan ko ke.. maafkan jek la dia.. memang makan masa untuk kita lupakan kesalahan orang tu tapi bila kita redha dengan apa yang terjadi secara automatiknya hati kita akan rasa tenteram...

Jangan ego untuk meminta maaf.. kalau betul tu kesilapan kita apalah salahnya kalau kita rela hati mintak maaf.. bukan kena bayar pon kan.. bukannya bila ko mengaku salah kepala ko terus kena pancung.. betul tak..? tapi macam mana dengan orang yang tak bersalah tapi dipersalahkan..? kena mengaku salah dan mintak maaf atau buat donno jek.. pada aku la kan,,ni pandangan aku.. tak taulah korang camne pulak.. aku akan tengok tuduhan tu tuduhan kecik-kecik ke atau tuduhan yang boleh buat aku malu seumur hidup.. kalau salah kecik-kecik tu aku selalu cakap "yelah yelahhhhh.. aku yang salah..mintak maaf ea.. habis cite..." tak pon aku akan cakap "ok..aku salah..mintak maaf.." bajet baik sangat kan aku ni.. well,,u know me.. tapi kalau kesalahan tu berat aku akan buktikan yang aku tak bersalah dan aku takkan mintak maaf.. sebab perkataan maaf adalah sangat mahal okeyyyy..

Jadi aku rasa aku macam takde idea nak tulis apa.. aku mintak maaf yew wahai teman-teman yang baca blog aku..#adekeorangbacablogaku#.. hehehe.. silalah maafkan tuan puteri yang comel ini..uweekkkk..muntoh biru sapa yang baca kan.. aku update sambil buat keje laa tu yang idea macam nak taknank jek datang.... :)  SELAMAT BERMAAF-MAAFAN!!!!! i loveeeeeeeeeeeee u...

bubbyeeee
   

No comments:

Post a Comment